Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Xiaomi memperkenalkan telefon pintar Mi Mix 3 dengan skrin menyeluruh dan rekaan boleh-luncur. Telefon pintar ini turut hadir dengan 10GB RAM, selain bakal hadir dengan sokongan 5G pada awal tahun hadapan.

Selain itu, BlackShark 2 turut telah dilancarkan dengan spesifikasi terkini dan penawaran memori sehingga 10GB RAM.

Dalam arena cip pemprosesan, MediaTek telah memperkenalkan Helio P70 yang menawarkan sejumlah sokongan ciri premium, selain Qualcomm yang hadir dengan Snapdragon 635 untuk peranti berspesifikasi pertengahan.

Asus turut tidak ketinggalan, dan telah melancarkan Asus ROG Phone di Malaysia pada harga bermula RM3499.

Di Malaysia juga, Grab telah memulakan ujian Grab Express untuk penghantaran barangan, sementara aplikasi AEON Wallet telah mula ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS.

Akhir sekali, WhatsApp pada minggu ini memperlihatkan fungsi Sticker – sekaligus menjadikan perbualan dan komunikasi anda dengan rakan-rakan lebih menarik lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd