Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan untuk pasaran tempatan, termasuk komputer riba daripada Lenovo, HP, dan juga Acer. Menariknya, Acer turut telah memperkenalkan sebuah kubu untuk para peminat permainan video, dimana ia dijual pada harga melangkaui RM50 ribu di Malaysia.
Netflix pada minggu ini telah mulakan eksperimen dengan beberapa pelan baru, termasuk penawaran Netflix untuk pengguna peranti mudah-alih pada harga RM17 sebulan. Selain itu, mereka juga dilihat menawarkan sebuah pakej khas untuk pengguna iOS yang membolehkan pakej Premium dilanggan pada harga RM49.90.
Mengejutkan juga minggu ini, ia dilaporkan yang mana MediaPrima telah menjadi mangsa perisian tebusan, dan pengodamnya meminta bayaran melalui Bitcoin sebelum diberikan akses kepada kandungan emel.
Akhir sekali, minggu ini turut menyaksikan Sharp memperkenalkan telefon pintar Sharp Aquos R2 yang hadir dengan penggunaan dwi-takuk diatas dan juga dibawah.