Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan beberapa telefon pintar baru dilancarkan pada peringkat global, termasuk Honor 10 Lite dijana Kirin 710, Leica dengan kamera D-Lux 7, dan juga pengenalan memori baru oleh G.SKILL.

Di Malaysia, Oppo telah memperkenalkan Oppo R17 Pro yang mana membawakan rekaan seumpama OnePlus 6T dan ditawarkan pada harga RM2699 di Malaysia. Realme, iaitu sub-jenama Oppo turut telah mula menawarkan Realme C1 untuk pasaran tempatan pada harga serendah RM399.

Selain Oppo, pihak Samsung telah menawarkan Galaxy A9 (2018) yang hadir dengan empat kamera belakang pada harga RM1999 di Malaysia.

Bank-bank tempatan telah mula memperkenalkan sokongan pengesahan transaksi menggunakan aplikasi tanpa menantikan SMS seperti sebelumnya. Antara bank yang telah mengaktifkannya adalah termasuk UOB dan juga CIMB, selain Maybank yang telah melakukannya sejak beberapa bulan lepas.

Dan akhir sekali, Instagram telah mula memperkenalkan antaramuka baru untuk aplikasi mereka, yang mana lebih kemas berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd