Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan sejumlah gajet baru diumumkan, termasuk gimbal kompak yang boleh dimuatkan dalam poket daripada DJI, iaitu DJI Osmo Pocket.

Selain itu, Realme telah memperkenalkan Realme U1 dengan fokus terhadap swafoto, Nubia hadir dengan peranti permua Red Magic Mars dengan 10G RAM, dan gambar tertiris memperlihatkan Xperia XZ4 mungkin hadir dengan tri-kamera belakang. OnePlus turut telah mengumumkan kerjasama bersama McLaren untuk hadir dengan sebuah telefon edisi khas.

Minggu ini turut menyaksikan Amazon mengadakan acara khusus untuk pembangun, iaitu AWS, dimana sejumlah penawaran diumumkan dari segi pembelajaran mesin, perkomputeran awan, dan juga turut memperkenalkan sistem rantaian blok mereka tersendiri.

Di Malaysia, Lazada kini telah mengumumkan kerjasama dengan Mah Sing, sekaligus menjual rumah dan hartanah melalui platform e-dagang mereka.

Petron pula minggu ini mengumumkan kerjasama dengan pihak WeChat Pay, sekaligus mula menerima pembayaran secara nirtunai pada stesen minyak Petron.

Bagi pemandu perkhidmatan seru-pandu seperti Grab, anda akan diperlukan mendaftar lesen PSV seperti pemandu teksi sebelum 12 Julai 2019.

Dan akhir sekali, kini Digi hadir dengan perkhidmatan Digi Wifi yang memudahkan pengguna untuk melanggan perkhidmatan internet ketika berada di sesuatu lokasi – dan mengakses internet dengan mudah pada kelajuan yang memuaskan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd