Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan pihak Honor memperkenalkan telefon pintar baru, Honor View 20 yang hadir dengan kamera belakang 48-megapixel, skrin berlubang, selain spesifikasi tinggi. Ia dijangka dipasarkan di Malaysia pada Januari 2019 ini.

Selain Honor, Xiaomi turut tidak ketinggalan telah memperkenalkan Xiaomi Play yang hadir dengan cip pemprosesan MediaTek, selain ditawarkan bersama data internet percuma di China. Bercakap mengenai Xiaomi lagi, mereka turut telah memperkenalkan sebuah pelayar web baru dinamakan Mint Browser.

Samsung pada minggu ini turut memperlihatkan penggunaan bunyi pada skrin, sekaligus membolehkan penghasilan peranti dengan rekaan nirbingkai.

Instagram pada minggu ini dilihat menguji kebolehan menatal aplikasi mereka dengan tap ke kiri dan kanan, dan bukannya menatal kebawah seperti sedia ada.

WeChat pada minggu ini telah hadir dengan ciri “Stories” mereka tersendiri, dinamakan sebagai TimeStamp.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd