Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan beberapa lagi gambar Galaxy S10 dan Galaxy S10+ tertiris ke arena web, selain info baru hadir mengatakan Huawei bakal melancarkan Huawei P30 pada Mac 2018 kelak. Selain itu, Apple pada minggu ini telah menawarkan kemaskini perisian yang mengaktifkan kembali ciri FaceTime berkumpulan pada iOS dan MacOS.

Di Malaysia, beberapa peranti baru telah memasuki pasaran tempatan, termasuk Huawei yang telah memulakan pra-tempahan untuk Huawei Nova 4. Ia hadir dengan rekaan skrin berlubang, tri-kamera belakang, memori 8GB RAM dan ditawarkan pada harga RM1899.

Dalam arena telekomunikasi, Webe Digital, iaitu anak syarikat TM kini hadir dengan penawaran baru dinamakan Nex.Life. Ia menawarkan gabungan internet untuk rumah dan telefon pintar pada harga langganan RM100 sebulan – dan terhad di Kelantan dan Terengganu sahaja buat masa ini.

Dan akhir sekali, minggu ini menyaksikan Facebook memperkenalkan sokongan nyah-hantar sesuatu mesej pada Messenger dalam tempoh 10 minit – lebih kurang sama seperti yang terdapat pada WhatsApp sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd