Cari @ Amanz

Samsung pada minggu ini mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan telefon pintar mercu mereka untuk tahun 2019, iaitu Galaxy S10. Empat variasi peranti diperkenalkan, iaitu Galaxy S10E, Galaxy S10, Galaxy S10+ dan juga Galaxy S10 5G.

Selain itu, Samsung turut memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat mereka, iaitu Galaxy Fold.

Xiaomi turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Xiaomi Mi 9 secara rasminya. Ia turut hadir dengan spesifikasi tinggi, tri-kamera belakang, dan sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Vivo turut tidak ketinggalan dan telah melancarkan Vivo V15 Pro di India, dan bakal dibawa masuk ke Malaysia pada minggu hadapan.

Di Malaysia, pihak Facebook dan YTL telah memulakan ujian Terragraph di Pulau Pinang yang menawarkan sambungan gigabyte secara nirwayar.

Dan akhir sekali, pihak Touch ‘n Go kini menawarkan rebat 20% untuk pembayaran di plaza tol menggunakan sokongan Pay Direct.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd