-
AMA : Gajet Apa Paling Tak Suka Tahun 2020?Jan 15, 2021
-
Apakah Permainan Video Menarik Pada 2020?Jan 14, 2021
-
PlayStation 5 – Apa Yang Tak Menarik?Jan 6, 2021
-
Mingguan Amanz – HTC One, Surface RT, Galaxy S4Apr 27, 2013
-
RGB Jadikan Anda Lagi Berkuasa Ketika Bermain?Ogos 27, 2020
-
#SembangLebat – SalasatunNov 24, 2014
-
Sembang Lebat : Telefon Memfokuskan Permua?Mac 15, 2020
Mingguan Amanz – Huawei Mate X, Nokia 9 PureView, Sony Xperia 1
-
-
Minggu ini menyaksikan acara Mobile World Congress berlangsung di Barcelona, dimana sejumlah peranti baru telah diperkenalkan oleh pelbagai pengeluar seluruh dunia.
Antara yang mencuri perhatian adalah termasuk Huawei dengan telefon pintar berskrin boleh-lipat dinamakan Huawei Mate X, Oppo yang mempertontonkan teknologi zoom nirhilang sehingga 10 kali, Sony dengan telefon yang menggunakan panel 21:9, Xiaomi yang mengumumkan Mi Mix 3 versi 5G, dan LG dengan telefon mercu LG G8 ThinQ yang menawarkan sokongan pengecaman tangan.
Energizer turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan telefon pintar dengan bateri berkapasiti 18000mAh – sekaligus menjadikan ia bersaiz agak tebal berbanding pelbagai peranti lain di pasaran.
Di Malaysia, Samsung telah pun melancarkan Galaxy S10 secara rasminya, dan ia akan dijual secara rasmi bermula 8 Ogos ini pada harga bermula RM2699.
Dan akhir sekali, Maxis mengumumkan kerjasama dengan pihak Huawei dalam memacu rangkaian 5G di Malaysia.