Minggu ini menyaksikan pihak Maybank memperkenalkan sokongan dompet digital mereka tersendiri, dinamakan MAE. Ia boleh digunakan bukan sahaja pengguna Maybank, tetapi turut dibuka untuk pendaftaran oleh pengguna tanpa akaun Maybank.
Selain itu, dalam arena peranti, Realme 3 telah pun dilancarkan secara rasminya di India, dan bakal memasuki pasaran tempatan dalam beberapa minggu lagi. Huawei pula telah mula mengacah kehadiran Huawei P30 untuk pasaran tempatan, selain bakal melancarkan Nova 4e untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Di Malaysia, Pos Malaysia telah menganjurkan pertandingan penggunaan dron untuk penghantaran barangan, sekaligus membolehkan ia dikomersilkan untuk penggunaan sekiranya semuanya berjalan lancar – termasuk dari segi perundangan dan sebagainya.
Akhir sekali, Maxis kini telah memulakan ujian rangkaian 5G, sekaligus memperlihatkan kadar muat-turun mencapai 3Gbps melaluinya.