Mingguan Amanz – Samsung Galaxy A80, Oppo Reno, Acer ConceptD

Diterbitkan pada Apr 14, 2019 oleh .

Minggu ini menyaksikan Acer mengadakan sebuah acara khas di New York, dimana mereka memperkenalkan sejumlah peranti baru dan kemaskini kepada pelbagai komputer sedia ada. Salah satu yang mencuri perhatian adalah siri baru yang dinamakan ConceptD yang ditujukan kepada pengguna dalam arena bidang multimedia kreatif.

Selain Acer, minggu ini Samsung turut telah mengadakan acara khas yang memperkenalkan Galaxy A80 dengan kamera boleh-putar, selain Galaxy A70 yang hadir dengan penawaran bateri bersaiz besar.

Oppo pula pada minggu ini telah mengumumkan bakal menamatkan siri Oppo R, dan sebagai alternatif telah memperkenalkan peranti baru dibawah nama Oppo Reno yang menawarkan spesifikasi tinggi.

Minggu ini juga, pelagai syarikat telekomunikasi mengacah pengenalan rangkaian 5G di Malaysia pada minggu akan datang.

Dan akhir sekali, Grab mengumumkan pengenalan fungsi pengecaman wajah penumpang melalui aplikasi mereka.

komen

© Amanz / 2021 Kami