Carian
Mingguan Amanz – Rekaan Baru Facebook, Xiaomi Mi 9 SE, Nubia Red Magic 3
May 5, 2019 Aman

Minggu ini menyaksikan Xiaomi memperkenalkan Xiaomi Mi 9 SE untuk pasaran tempatan, dimana ia menyertakan sejumlah ciri-ciri lebih kurang seperti peranti mercu Mi 9, tetapi pada harga bermula RM1299. Selain itu, Realme turut mengumumkan yang mana mereka akan membawa masuk Realme 3 Pro untuk pasaran tempatan pada pertengahan bulan Mei ini.

Nubia pada minggu ini turut membuat kejutan dengan memperkenalkan Red Magic 3 yang hadir dengan pelbagai spesifikasi tinggi, serta kipas terbina padanya untuk penyejukkan.

Samsung pada minggu ini telah mula menawarkan Galaxy Tab A (2019) untuk pasaran tempatan, dimana ia hadir dengan sokongan S-Pen, dan ditawarkan pada harga RM1099.

Dalam arena komputer riba, Acer telah mula menawarkan sejumlah komputer riba dengan cip pemprosesan terbaru, termasuk Predator Triton 500 untuk pasaran tempatan.

Facebook pada minggu ini telah mengadakan acara Facebook F8, dimana mereka mengumumkan bakal hadir dengan rekaan antaramuka serba baru pada laman sosial mereka – sekaligus lari daripada penggunaan bar berwarna biru yang sinonim dengan Facebook.

Selain itu, Facebook turut mengumumkan ciri katalog produk pada WhatsApp, sekaligus membolehkan urusan edagang dilakukan sepenuhnya terus pada WhatsApp tanpa keperluan sebarang web.

Dan akhir sekali, Telekom Malaysia menawarkan kuota data dua kali ganda untuk tempoh terhad bagi pengguna Unifi Mobile.

Komen