Cari @ Amanz

Minggu ini menjadi fokus ramai adalah berkaitan isu Huawei dengan kerajaan Amerika Syarikat, membuatkan pelbagai syarikat teknologi di Amerika berhenti menawarkan teknologi mereka kepada pihak Huawei. Walaubagaimanapun, Huawei dilihat mempunyai beberapa alternatif tersendiri – selain turut mengatakan bakal menawarkan kemaskini sekuriti dan khidmat selepas jualan untuk pengguna tempatan.

Honor pada minggu ini telah melancarkan Honor 20, yang mana akan dijual di Malaysia pada harga RM1699. Ia hadir dengan spesifikasi tinggi, serta sokongan kamera 48-megapixel untuk rakaman gambar berkualiti tinggi.

OnePlus pada minggu ini telah melancarkan OnePlus 7 Pro untuk pasaran tempatan, dimana peranti dengan spesifikasi tinggi ini ditawarkan pada harga bermula RM2999 di Malaysia.

Beberapa peranti lain turut telah dilancarkan pada peringkat global, termasuk Oppo A9X dan juga Redmi Note 7S. Apple turut mengumumkan kemaskini untuk MacBook Pro mereka dengan spesifikasi terbaru dan kemaskini pada papan kekunci.

Akhir sekali, kini Microsoft telah mula menawarkan kemaskini Windows 10 May 2019 Update untuk para pengguna Windows 10, sekaligus menyertakan beberapa ciri-ciri baru bersama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd