Minggu ini menyaksikan pihak Trump membuat pusingan-U untuk halangan perdagangan terhadap Huawei, dan mengatakan syarikat di Amerika Syarikat boleh berurusan dengan Huawei. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan Amerika Syarikat masih belum mengumumkan atau mengeluarkan dokumen rasmi berkaitan hal ini.
Xiaomi pada minggu ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah keluarga Mi CC9, dimana ia hadir dengan rekaan yang elegan dan memfokuskan kepada pengguna muda remaja.
Samsung pada minggu ini telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Galaxy Note 10 secara rasminya pada awal Ogos kelak. Selain daripada itu, mereka turut telah memberikan petanda yang mana Galaxy A80 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Vivo pada minggu ini telah memperkenalkan beberapa peranti baru dibawah mereka, termasuk Vivo Z1 Pro dan juga iQoo Neo.
Telekom Malaysia pada minggu ini telah hadir dengan aplikasi myUnifi yang memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran, selain menguruskan akaun dengan lebih mudah.
Dan akhir sekali, Nubia telah mula menawarkan Red Magic 3 untuk pasaran tempatan, termasuk versi dengan 12GB RAM.