Cari @ Amanz

Xiaomi pada minggu ini telah melancarkan telefon pintar berasaskan Android One terbaru mereka, iaitu Mi A3. Untuk pasaran tempatan, ia bakal dilancarkan pada 31 Julai ini. Selain itu, Xiaomi turut telah mengumumkan penawaran Redmi 7A untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM399.

Selain itu, Huawei pada minggu ini telah mengumumkan mereka akan membawa masuk Huawei Y9 Prime tidak lama lagi untuk pasaran tempatan. Tidak ketinggalan adalah Honor yang telah mula mengacah Honor 20 Pro untuk pasaran Malaysia.

Oppo Malaysia pula telah mengumumkan penawaran Oppo Reno Edisi Barcelona FC untuk pasaran tempatan pada harga RM3999.

Qualcomm membuat kejutan minggu ini dengan mengumumkan cip Snapdragon 855+ yang lebih dioptimasikan untuk permua. Beberapa peranti baru dijangka hadir menggunakannya, termasuk Asus ROG Phone 2.

Akhir sekali, minggu ini menyaksikan Neuralink berkongsi lanjut mengenai progress mereka, membolehkan implan kecil disambungkan ke otak manusia – sekaligus menghubungkan otak manusia ke komputer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd