Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Vivo memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo S1. Ia ditawarkan pada harga RM1099.

Selain Vivo, pihak Huawei turut telah memperkenalkan telefon pertama dengan kamera pop-naik mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Y9 Prime pada harga RM899.

Tidak ketinggalan adalah Honor, dimana mereka telah mula mengacah kehadiran Honor 20 Pro untuk pasaran tempatan. Lenovo turut tidak ketinggalan, dan telah membawa masuk satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Lenovo Z6 Pro pada harga RM2299. MSI tidak ketinggalan, dan telah melancarkan beberapa komputer riba baru untuk pasaran tempatan.

Asus pada minggu ini telah memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar memfokuskan permua, iaitu Asus ROG Phone 2. Ia hadir dengan cip Snapdragon 855+, bateri 6000mAh, dan juga sokongan skrin pada kedar segar semula 120Hz.

Dalam arena telekomunikasi, Celcom telah memulakan ujian rangkaian 5G di kawasan Petaling Jaya, sekaligus menawarkan kelajuan mencapai sehingga 6Gbps.

Akhir sekali, Langkawi kini menjadi bandar pertama yang menamatkan siaran analog, dan beralih kepada siaran televisyen berasaskan digital sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd