Cari @ Amanz

Minggu ini, pihak Huawei secara rasminya telah memperkenalkan sistem operasi mereka tersendiri, dinamakan sebagai Harmony OS. Ia akan digunakan pada pelbagai peranti, dan peranti pertama menggunakannya adalah sebuah televisyen pintar daripada pihak Honor.

Di Malaysia, Samsung pada minggu ini telah memperkenalkan Galaxy Note10 secara rasminya, dan boleh didapati pada harga bermula RM3699.

Selain itu, Samsung turut telah memperkenalkan Galaxy A10S secara rasminya, disamping pada masa yang sama mengumumkan pengenalan sensor 108MP untuk kamera telefon pintar.

Sony minggu ini buat kejutan dengan turut berkongsi mengatakan mereka akan membawa masuk Xperia 1 secara rasminya untuk pasaran tempatan.

Xiaomi kini turut telah mengacah pengenalan Xiaomi Mi 9T Pro yang akan dilancarkan pada minggu akan datang ini, dimana ia hadir dengan spesifikasi tinggi pada harga mampu milik.

BlackShark tidak ketinggalan, dan turut telah mengatakan mereka akan memperkenalkan BlackShark 2 Pro untuk pasaran tempatan di Malaysia pada 3 September 2019 kelak.

Dan akhir sekali, Astro dan Maxis kini mengumumkan penawaran berkas langganan jalur-lebar pada harga sangat kompetitif dengan pilihan kelajuan 30Mbps dan 100Mbps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd