Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan acara Apple yang mengumumkan tiga variasi iPhone baru, iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max. Ketiga-tiganya akan ditawarkan di Malaysia bermula 27 September 2019 ini.

Bersama-sama dengannya, Apple turut memperkenalkan iPad baru selain Apple Watch Series 5. Apple turut mengumumkan pengenalan perkhidmatan langganan berbayar Apple Arcade dan Apple TV+ – dimana, masing-masing membawakan tanda harga RM19.90 sebulan.

Minggu ini turut menyaksikan HTC Vive Cosmos diumumkan untuk pasaran Malaysia, dimana ia menawarkan pengalaman realiti maya yang lebih baik melaluinya.
TM turut tidak ketinggalan, dan telah mengumumkan pakej baru berkelajuan 30Mbps pada harga RM89 sebulan.

Dan akhir sekali, kerajaan Malaysia menyasarkan pengenalan rangkaian 5G secara menyeluruh menjelang 2023 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd