-
AMA : Gajet Apa Paling Tak Suka Tahun 2020?Jan 15, 2021
-
Apakah Permainan Video Menarik Pada 2020?Jan 14, 2021
-
PlayStation 5 – Apa Yang Tak Menarik?Jan 6, 2021
-
Ulasan : Xiaomi Mi A1 – Dwi-Kamera Flagship Mampu MilikNov 6, 2017
-
Pandang Pertama : Samsung Galaxy Tab S6 LiteJun 5, 2020
-
Pandang Pertama : Huawei Nova 3iJuly 18, 2018
-
Ulasan: Xiaomi Mi MIX 2Nov 22, 2017
Mingguan Amanz – Xioami Mi Note 10, YouTube Premium Malaysia, Adobe Photoshop Camera
-
-
Xiaomi pada minggu ini mencuri perhatian ramai dengan memperkenalkan telefon pintar dengan kamera 108-megapixel – iaitu Mi CC9 Pro atau dikenali dengan nama Mi Note 10 untuk pasaran global. Bersama-sama dengannya, Xiaomi turut memperkenalkan jam tangan pintar Mi Watch mereka.
Di Malaysia, DJI Mavic Mini kini telah pun diperkenalkan untuk pasaran tempatan – sekaligus membolehkan orang ramai mendapatkan ia pada harga bermuka RM1599.
Huawei tidak ketinggalan dan telah mengumumkan penawaran Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro secara terbuka kepada semua bermula 15 November 2019 ini.
Adobe pada minggu ini telah mengadakan acara Adobe Max, sekaligus memperkenalkan sejumlah perkara baru – termasuk pengenalan aplikasi Photoshop untuk iPad, selain bakal menawarkan Illustrator untuk iPad pada tahun hadapan. Adobe turut mengumumkan Adobe Photoshop Camera untuk Android dan juga iOS.
Menariknya pada minggu ini juga, Google telah mengumumkan penawaran YouTube Music dan juga YouTube Premium – sekaligus menawarkan pengalaman tanpa iklan, selain penawaran kebolehan memainkan muzik pada latar.
Akhir sekali, minggu ini menyaksikan TM memperkenalkan promosi pakej Unifi Mobile tanpa had pada harga RM59 sebulan.