Mingguan Amanz – Snapdragon 865, Realme X2 Pro, Xiaomi Mi Note 10

Diterbitkan pada Dis 8, 2019 oleh .

Minggu ini menyaksikan pihak Qualcomm mengadakan acara tahunan mereka, sekaligus memperkenalkan dua cip pemprosesan terbaru mereka. Menjadi fokus ketika pengenalan adalah cip Snapdragon 865 yang akan digunakan pada sejumlah peranti mercu pada 2020 kelak.

Sejumlah telefon pintar baru turut telah diperkenalkan pada minggu ini di Malaysia, ioaitu Realme X20 Pro, Xiaomi Mi Note 10 dan juga Vivo S1 Pro. Asus turut telah mula menawarkan ROG Phone 2 dengan storan 1TB di Malaysia.

Di China, Huawei turut telah memperkenalkan Nova 6 yang menerima skor tertinggi untuk swafoto buat masa ini. Tidak ketinggalan adalah Motorola dengan Moto One Hyper dengan rekaan kamera pop-naik.

Akhir sekali, kini hadir desas-desus mengatakan Apple akan hadir dengan rekaan iPhone baru tanpa sambungan Lightning – sekaligus bergantung kepada penggunaan pengecasan nirwayar sepenuhnya.

komen

© Amanz / 2021 Kami