Mingguan Amanz – Vivo V17 Malaysia, Huawei MediaPad M6, Langkawi 5G

Diterbitkan pada Dis 22, 2019 oleh .

Minggu ini menyaksikan kerajaan dan pelbagai syarikat telekomunikasi berkongsi dan mempertontonkan projek demonstrasi mereka menggunakan rangkaian 5G di Pulau Langkawi.

Selain itu, beberapa peranti baru telah diumumkan untuk pasaran tempatan, termasuk Vivo V17, Honor 8S, Honor 8C, dan Huawei MediaPad M6.

Acer turut tidak ketinggalan dan telah pun memperkenalkan beberapa penawaran baru untuk pasaran tempatan seperti Predator Triton 300,dan juga monitor Predator CG437K.

Dalam arena nirtunai, U Mobile telah pun memperkenalkan GoPayz dengan sokongan pembayaran zakat untuk pasaran tempatan. Dan akhir sekali, CIMB pula telah mengumumkan penawaran CIMB Tap n Pay untuk memudahkan penerimaan pembayaran daripada kad debit melalui NFC.

komen

© Amanz / 2021 Kami