Cari @ Amanz

Tahun 2020 dimulakan dengan acara CES 2020 yang memperlihatkan sejumlah peranti dan peralatan elektronik dilancarkan. Tidak ketinggalan juga, perkongsian sejumlah teknologi dan konsep peranti yang akan menjadi trend dalam tahun-tahun akan datang.

Selain daripada itu, pada minggu ini juga, Samsung telah memperkenalkan beberapa peranti baru – termasuk Galaxy Note 10 Lite dan Galaxy S10 Lite.

Di Malaysia, SKMM telah mengumumkan yang mana kajian berkenaan implementasi penggunaan ID Digital Nasional telah pun dimulakan. Sementara itu, pakej Unifi Mobile pada harga promosi RM59 sebulan diteruskan untuk suku pertama 2020 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd