Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksiikan Huawei melancarkan telefon mercu mereka untuk tahun 2020, iaitu siri Huawei P40. Sebanyak tiga peranti diperkenalkan bersama dengannya, iaitu Huawei P40, Huawei P40 Pro dan juga Huawei P40 Pro Plus. Bersama-sama dengannya juga, Huawei melancarkan pesaing Siri dinamakan Celia, selain sokongan panggilan video dinamakan MeeTime.

Selain Huawei, Xiaomi telah memperkenalkan Redmi K30 Pro yang hadir dengan spesifikasi tinggi, dan dijangka ditawarkan untuk pasaran global dibawah nama Pocophone. Di Malaysia, Redmi Note 9s telah dilancarkan dan hadir dengan cip Snapdragon 730G, serta dijual pada harga bermula RM799.

Kerajaan pada minggu ini telah mengumumkan mereka akan hadir dengan aplikasi pemetaan kawasan penularan wabak Covid-19. Akhir sekali, kini anda turut boleh sewa desktop di rumah, pada harga bermula RM200 untuk sewa selama dua minggu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd