Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Apple telah mula menawarkan iPad Pro 2020 terbaru secara atas-talian untuk pengguna di Malaysia. Tablet terbaru Apple ini hadir dengan fokus terhadap produktiviti, termasuk sokongan untuk input tetikus bersama dengannya.

Dalam arena peranti mudah-alih, sejumlah peranti baru telah diperkenalkan, termasuk Honor 9X Pro untuk pasaran tempatan. TCL turut membuat kejutan dan memperkenalkan sejumlah peranti baru pada minggu ini, selain Samsung diperkatakan akan memperkenalkan Galaxy Note 20 pada bulan Ogos kelak.

Kerajaan pada minggu ini telah memperkenalkan aplikasi MySejahtera dalam memudahkan pemantauan kesihatan pada era Covid-19 ini.

Dan akhir sekali, satu lagi perkhidmatan penstriman video telah diperkenalkan, iaitu Quibi. Ia memfokuskan kepada penstriman menggunakan peranti mudah-alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd