Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan Apple mengadakan acara WWDC 2020, sekaligus mengumumkan sejumlah pembaharuan untuk sistem operasi mereka, iaitu iOS14, iPadOS, watchOS, dan juga macOS. Pada masa yang sama, Apple turut mengumumkan peralihan ke penggunaan cip pemprosesan tersendiri, dipanggil Apple Silicon.

Tidak ketinggalan adalah Acer yag mengumumkan sejumlah komputer riba baru, laptop gaming, selain turut mengumumkan sebuah kerusi urut memfokuskan gamer.

Di Malaysia, Huawei telah memperkenalkan Huawei P40 Pro+ yang hadir dengan lima kamera dan juga kerangka berasaskan seramik, ditawarkan pada harga RM4999. Xiaomi pula telah mula menawarkan robot mengemop dan pengering rambut untuk pasaran tempatan.

ARM pada minggu ini mengatakan bakal menawarkan kemaskini GPU untuk Mali melalui Google Play Store. Tencent minggu ini dilihat telah mengambil-alih iFlix, dan dijangka akan mengintegrasikannya bersama-sama WeTV.

Akhir sekali, UiTM kini memperlihatkan mereka akan mengadakan acara konvokesyen menggunakan skrin hijau, sekaligus memperlihatkan kaedah baru acara konvokesyen dibawah norma baharu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd