Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan pihak Realme telah melancarkan Realme C11 untuk pasaran tempatan, dimana ia hadir dengan spesifikasi asas dan ditawarkan pada harga RM429.

Tidak ketinggalan adalah Xiaomi yang telah turut membawa masuk Redmi 9A dan juga Redmi 9C untuk segmen telefon pintar berspesifikasi asas, dan ditawarkan pada harga kurang RM450.

Huawei pada minggu ini telah mengumumkan penawaran Nova 7 5G untuk pasaran tempatan, hadir pada harga RM1999.

WhatsApp pada minggu ini telah mengumumkan pengenalan WhatsApp Sticker yang beranimasi, kemudahan menambah rakan-rakan melalui kod QR, selain sokongan mod gelap untuk desktop dan web.

Disamping itu, Spotify telah memperkenalkan pelan Spotify Premium Duo yang ditawarkan pada harga RM19.80 sebulan.

Waze pada minggu ini telah mengumumkan pengenalan rekaan logo yang baru dan lebih mesra pengguna.

Maybank pada minggu ini telah mengumumkan penamatan perkhidmatan MaybankPay yang telah diperkenalkan pada beberapa tahun lepas.

Dan akhir sekali, Shopee dan Maybank kini bekerjasama dan hadir dengan penawaran kad kredit baru khusus untuk para pengguna yang berbelanja tinggi di laman edagang popular berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd