Minggu ini menyaksikan beberapa telefon pintar memfokuskan permua diperkenalkan – termasuk Asus ROG Phone 3, Asus ROG Phone 3 Strix, dan juga Lenovo Legion Phone Duel. Kesemuanya hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon terkini, selain dilengkapi ciri-ciri khusus permua, termasuk kadar segar semula skrin yang tinggi.
Selain itu, OnePlus pada minggu ini telah memperkenalkan OnePlus Nord, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu telefon pintar berspesifikasi pertengahan dan pada harga mampu milik.
Tidak ketinggalan adalah Vivo yang telah memperkenalkan Vivo X50 dan Vivo X50 Pro untuk pasaran Malaysia.
Xiaomi pada minggu ini telah pun mengumumkan penawaran Mi Band 5 untuk pasaran Malaysia, pada harga RM169.
Dalam arena web, Google kini menangguhkan pengenalan hasil carian yang dioptimasikan untuk skrin peranti mudah-alih. Sementara Facebook pula memperkenalkan kemudahan penstriman langsung dari panggilan video Messenger Room.
Akhir sekali, pada minggu ini Pos Malaysia telah mengumumkan penggunaan e-nota konsainan bermula pertengahan Ogos ini.