Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan OnePlus Nord dilancarkan di Malaysia pada harga RM1799 – dan menariknya, pada harga sama juga hadirnya telefon pintar terbaru Xperia, iaitu Xperia 10 ii.

Selain itu, laman KissAnime dan KissManga telah mengumumkan akan menamatkan penawaran, selepas pemilik hak cipta meminta mereka membuang pelbagai kandungan pada laman mereka.

Facebook kini telah mengumumkan akan memperkenalkan rekaan antaramuka desktop baru untuk semua pengguna, sekaligus menggantikan sepenuhnya paparan klasik Facebook yang digunakan sekarang.

SKMM pada minggu ini melarang kerjasama eksklusif antara pemaju hartanah dan syarikat telekomunikasi – sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna.

Akhir sekali, saintis UIA kini dilihat ingin mengembalikan badak sumbu sumatera yang telah pupus di Malaysia menerusi teknik pengklonan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd