Minggu ini menyaksikan Asus memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah siri Asus Zenfone 7 dan hadir dengan spesifikasi mercu. Disamping itu, Asus turut dalam persiapan memperkenalkan Asus ROG Phone 3 seawal minggu hadapan di Malaysia.
Tidak ketinggalan minggu ini adalah Realme yang telah mula mengacah pengenalan Realme 7, selain turut memperkenalkan Realme C12 untuk pasaran Malaysia.
Samsung minggu ini turut telah memperkenalkan Galaxy Tab S7 dan Tab S7 Pro untuk pasaran Malaysia. Dalam arena peranti juga, Sony telah mengumumkan bakal membawa masuk Xperia 1 ii ke Malaysia pada November kelak.
Xiaomi pada minggu ini telah memperkenalkan monitor dengan skrin lengkung untuk pasaran tempatan, selain turut membawa masuk sebuah pencetak mudah-alih.
Dalam arena telekomunikasi, Unifi pada minggu ini telah memperkenalkan dua pelan baru, iaitu pelan 800Mbps dan 500Mbps.
Epic Games pada minggu ini telah menambah sokongan pembayaran menggunakan Maybank2U. Dan akhir sekali, akaun Epic Games dilihat telah dipadam, sekaligus membuatkan pengguna Fortnite di iPhone tidak dapat menikmati musim terbaru permainan berkenaan.