Cari @ Amanz

Minggu ini menyaksikan kerajaan Malaysia mengumumkan akan tutup rangkaian 3G menjelang penghujung 2021 kelak. Selari dengannya, rancangan inisiatif JENDELA diumumkan untuk menaik-taraf rangkaian internet tempatan.

Dalam arena peranti mudah-alih, sejumlah peranti baru telah diumumkan, termasuk Samsung Galaxy Z Fold2 yang hadir dengan rekaan telefon boleh-lipat, Realme 7 dan Realme 7 Pro, selain Oppo F17 dan Oppo F17 Pro.

Vivo pada minggu ini membuat kejutan dengan memperkenalkan prototaip untuk peranti dengan panel belakang dwi-tona warna.

Sejumlah peranti baru telah diumumkan, dan tidak ketinggalan adalah komputer riba – selari dengan pengumuman Intel berkaitan cip pemprosesan Tiger Lake terbaru mereka.

Dan akhir sekali, Facebook kini melakukan kajian dan dilihat mungkin membayar beberapa pengguna yang nyahaktifkan akaun untuk tujuan kajian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd