Carian
Mingguan Amanz – Poco X3 Malaysia, Galaxy Z Fold2, Kerusi Urut Acer Predator
September 13, 2020 Aman

Minggu ini menyaksikan pihak Poco membuat kejutan dengan memperkenalkan telefon pintar terbaru Poco X3 NFC yang hadir dengan penawaran menarik, pada harga kompetitif. Bersama-sama dengannya, Poco turut menjanjikan sokongan kemaskini perisian dan sekuriti selama tiga tahun.

Selain itu, Samsung pada minggu ini telah melancarkan telefon boleh-lipat mereka, Galaxy Z Fold2 5G untuk pasaran Malaysia pada harga RM7999.

Asus turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan Asus ROG Phone 3 untuk pasaran Malaysia. Acer pada minggu ini telah memulakan pra-tempahan kerusi urut gaming mereka melalui laman Osim.

Microsoft pada minggu ini telah berkongsi berkenaan konsol terbaru mereka, Xbox Series X dan juga Xbox Series S.

Di Malaysia, KKMM menekankan mereka tidak akan mengenakan sebarang caj untuk pembelian atas-talian. Pada masa yang sama, melalui Jendela Fasa 2 kelak, mereka menyasarkan penawaran rangkaian 4G mencapai 100% di Malaysia.

Akhir sekali, kini penguna boleh melakukan tempahan untuk Pizza Hut melalui aplikasi WhatsApp.

Komen