Mingguan Amanz – iPhone 12, PlayStation 5, Apple M1

Diterbitkan pada Nov 14, 2020 oleh .

Minggu ini menyaksikan Apple mengadakan sebuah acara khas, sekaligus melancarkan cip pemprosesan tersendiri untuk komputer, iaitu Apple M1. Produk awal menggunakannya adalah termasuk MacBook Air, MacBook Pro dan juga Mac Mini.

Di Malaysia juga, Apple telah mula menawarkan siri iPhone 12, dimana 4 model ditawarkan dibawahnya.

Sony pada minggu ini membuat kejutan dan memperkenalkan PlayStation 5, dan bakal menjualnya pada 12 Disember kelak.

Di Malaysia, Grab telah mula bereksperimen dengan GrabSupermarket yang memudahkan anda membeli barangan runcit. Tidak ketinggalan juga adalah termasuk penawaran tempahan dari Tesco melalui Foodpanda.

komen

© Amanz / 2021 Kami