Minggu ini menyaksikan Poco memperkenalkan telefon pintar terbaru untuk pasaran global dan Malaysia, iaitu Poco M3. Peranti dengan spesifikasi rendah pertengahan ini ditawarkan pada harga bermula RM599.
Selain itu, Sony Xperia 5 II sudah boleh dipra-tempah, sementara pihak Realme yang mengacah pelancaran televisyen untuk pasaran Malaysia.
Microsoft turut kini diperkatakan bakal mengintegrasikan aplikasi Android pada Windows 10.
Minggu ini juga menyaksikan kerajaan mengumumkan kredit dompet-digital eBelia ditingkatkan kepada RM100 dan akan ditawarkan pada 2021 kelak.
Celcom pada minggu ini telah hadir dengan pelan jalur-lebar gentian optik dengan penawaran kelajuan mencapai 500Mbps.
Akhir sekali, Malaysia kini turut menyasarkan untuk menjadi pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun akan datang.