Carian
Mingguan Amanz – Snapdragon 888, Ejen Ali The Movie 2, Realme TV
December 6, 2020 Aman

Minggu ini menyaksikan pihak Qualcomm memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, Snapdragon 888. Beberapa peranti bakal hadir dijana dengannya, termasuk Xiaomi.

Selain itu, Realme pada minggu ini telah memperkenalkan sejumlah peranti baru. Yang mencuri perhatian adalah Realme TV yang menawarkan televisyen pintar  berasaskan Android TV pada harga kurang RM1k.

TikTok pada minggu ini telah mula bereksperimen dengan penawaran muat-naik video 3 minit.

Di Malaysia, Sony kini telah mengesahkan bakal menutup kilang di Pulau Pinang pada Mac 2022 kelak, dengan operasi ditamatkan pada September 2021.

Akhir sekali, Polis kini mengatakan kerugian sebanyak RM689k dicatatkan disebabkan oleh penipuan platform seperti iShareFans dan Like&Share.

Komen