Cari @ Amanz

Sepanjang minggu ini, beberapa pengumuman dilakukan oleh pihak Telekom Malaysia, dimana antaranya adalah berkenaan dengan HyppTV yang kini turut hadir dalam bentuk aplikasi iOS dan juga Android. Disamping itu, pihak TM turut bekerjasama dengan Astro dalam membawakan kandungan sukan ke HyppTV.

Tidak ketinggalan adalah Telekom Malaysia yang turut hadir dengan aplikasi permesejan mereka tersendiri, dinamakan sebagai HyppMe, dan sedia dicuba pada Android dan juga iOS.

Selain itu, Sony Mobile Malaysia telah melancarkan Xperia Z Ultra untuk pasaran tempatan pada harga RM2299, selain turut berkongsi mengatakan ia akan hadir ke pasaran tempatan pada penghujung September kelak.

Ninetology pada minggu ini turut memperkenalkan siri telefon pintar terbaru mereka dibawah jenama Ninetology U9.

Dan akhir sekali adalah dimana pihak Salamfone menamatkan perkhidmatan mereka secara mengejut, sementara pihak Altel pula memulakan perkhidmatan mereka dalam arena telekomunikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd