Informasi Teknologi Terkini

Minggu ini, beberapa perkara baru telah diumumkan, dan semestinya yang amat menarik adalah pengenalan sokongan StreetView di beberapa lokasi percutian sekitar Lembah Klang dan Pulau Piinang.

Pihak Google Malaysia turut mengatakan mereka akan memulakan rakaman StreetView di jalan raya seluruh negara bermula minggu ini.

Selain itu, Hugo Barra yang sedia menjadi salah satu wajah disebalik Android telah meninggalkan Google dan akan menyertai Xiaomi di China. Pengumuman ini hadir selepas Steve Ballmer diumumkan bakal meninggalkan jawatan CEO Microsoft dalam kurang 12 bulan, pada minggu lepas.

Beberapa peranti baru turut diumumkan pada minggu ini, termasuk antaranya adalah Canon EOS 70D untuk pasaran tempatan, pengenalan Nokia 515, dan juga pengumuman Galaxy Tab 3 Kids oleh Samsung.

Terdapat 2 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN