Pada minggu ini beberapa peranti baru telah hadir ke pasaran tempatan, termasuk salah satu yang dinantikan ramai iaitu iPhone 5S, serta iPhone 5C. Kedua-duanya ditawarkan oleh Maxis, Celcom dan DiGi dengan pelan telekomunikasi masing-masing.
Menarik perhatian ramai pada minggu ini adalah Project Ara daripada Motorola, dimana ingin membolehkan telefon pintar modular dihasilkan, sekaligus memudahkan pengguna memilih komponen dan spesifikasi peranti dengan mudah.
Minggu ini ditamatkan dengan pengumuman Android 4.4 KitKat oleh Google, dimana bersama-sama dengannya, peranti Nexus 5 turut dilancarkan secara rasmi oleh gergasi internet berkenaan.