Cari @ Amanz

Xiaomi pada minggu ini membuat kejutan dan memperlihatkan rekaan telefon pintar boleh-lipat mereka. Buat masa ini, pengeluar China berkenaan tidak mengumumkan bilakah ia akan dipasarkan.

DxOMark kini turut telah mengeluarkan penanda aras untuk kamera swafoto, sekaligus memudahkan pengguna membuat pilihan peranti yang baik untuk mereka yang sering menggunakan rakaman melalui kamera hadapan.

Meizu pada minggu ini telah memperkenalkan telefon pintar pertama tanpa sebarang port – sekaligus membawa kepada rekaan peranti yang berbeza berbanding pelbagai peranti sebelum ini. Selari dengannya, Vivo turut memperlihatkan peranti tanpa port mereka dinamakan sebagai Vivo APEX 2019.

Di Malaysia, Honor telah memperkenalkan Honor View20 untuk pasaran tempatan, dimana ia ditawarkan pada harga bermula RM1999 dan hadir dengan spesifikasi mercu, skrin berlubang, dan penggunaan kamera belakang 48-megapixel. Bersama-sama dengannya, Honor turut telah melancarkan Honor Watch Magic untuk pasaran tempatan.

HMD Global turut telah melancarkan Nokia 3.1 untuk pasaran tempatan pada harga RM699.

Asus turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan penawaran ASUS ROG Strix SCAR II dan HERO II pada harga bermula RM6499. Kedua-duanya hadir dengan kad grafik RTX bersama-sama dengannya. Selain Asus, pihak MSI turut telah mengumumkan penawaran mereka yang akan dijual bermula 29 Januari 2019 ini.

Di Kelantan, kerajaan negeri telah melancarkan Wifi percuma di 10 kawasan tumpuan ramai – membolehkan pengguna menggunakannya secara percuma.

Akhir sekali, Touch n Go pula minggu ini telah mengumumkan kerjasama dengan Masjid di Bangsar untuk memudahkan pengguna membuat sumbangan dan derma dengan mudah melalui dompet nirtunai mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd