Minggu ini menyaksikan Apple mengadakan acara khas, memperkenalkan sejumlah produk, termasuk Apple Watch Series 6, Apple Watch SE, iPad Air, dan juga khidmat berkas langganan Apple One.
Selain itu, sejumlah peranti pintar telah diperkenalkan pada minggu ini, termasuk Sony Xperia 5 II, Realme 7i, Honor Hunter V700 dan juga LG Wing.
Di Malaysia, GoPro telah mengumumkan penawarna kamera aksi GoPro Hero9 Black pada harga RM2099 di Malaysia. Selain itu, Sony turut telah mengumumkan penawaran kamera Sony a7C, disamping mengumumkan bakal hadir dengan PlayStation 5 pada 19 November kelak.
NVIDIA juga membuat kejutan dan telah mengumumkan bakal mengambil-alih ARM pada nilai mencapai $40 bilion.
Dan akhir sekali, kini diumumkan Malaysia mengekalkan kedudukan di tangga ke-3 di ASEAN untuk penawaran kadar muat-naik purata tertinggi untuk jalur-lebar talian-tetap.