-
OPPO Find X3 Pro – Berpotensi Menjadi Pesaing Hebat Di Antara Peranti Mercu Premium 20212 jam lepas
-
vivo Bekerjasama Dengan ZEISS – Hasil Rakaman vivo X60 Pro Yang Lebih BerkualitiApr 15, 2021
-
MyKar – Kereta Elektrik Buatan MalaysiaApr 5, 2021
-
Mingguan Amanz – Google Nexus 2015, Air Di Marikh, Chromecast AudioOkt 4, 2015
-
Pandang Pertama : Huawei Watch GT ActiveMac 28, 2019
-
Apa Yang Baru Pada Huawei Mate 10 & Mate 10 Pro?Okt 20, 2017
-
Pandang Pertama : HTC One X+Nov 15, 2012
Mingguan Amanz – SST Prabayar, Unifi 100Mbps RM129, Honor Play Player Edition
-
-
Minggu ini menyaksikan cukai SST dilaksanakan di Malaysia – dimana sejumlah produk tertakluk dibawahnya. Walaubagaimanapun, terdapat sejumlah pengeluar yang telah menyerap cukai SST pada harga peranti dan tidak memperlihatkan sebarang peningkatan harga jualan. Disamping itu, kerajaan juga turut telah mengumumkan pengecualian cukai SST untuk tambah-nilai prabayar.
Dalam arena peranti, sejumlah peranti baru telah dilancarkan diperingkat global, termasuk Honor 8X dan juga Honor 8X Max. Huawei turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Huawei Mate 20 Lite untuk pasaran Eropah.
Di Malaysia, Honor Play “Player Edition” telah dijual dengan rekaan unik pada harga RM1299. Vivo Malaysia turut telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Vivo V11 tidak lama lagi.
Tidak ketinggalan adalah DJI yang telah pun melancarkan dua dron untuk pasaran tempatan, iaitu DJI Mavic 2 Pro dan juga DJI Mavic 2 Zoom. Huawei turut telah memperkenalkan cip Kirin 980 dan dijangka hadir bersama Huawei mate 20 tidak lama lagi.
Dan akhir sekali, pengguna tempatan boleh melanggan pakej Unifi baru pada kelajuan 100Mbps dengan langganan RM129 sebulan.