Bagi para pengguna iOS, mungkin anda sedia maklum yang mana iOS 6 telah pun dilancarkan secara rasminya pada awal pagi tadi, membolehkan para pengguna tempatan mengemaskini dan menggunakan beberapa perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.
iOS 6 ini membuang aplikasi YouTube terbina, disamping mengantikan Google Maps sedia ada dengan platform pemetaan milik Apple, yang mana masih mempunyai beberapa kekurangan untuk para pengguna tempatan. Disamping itu, ia juga membawa penambahan Do Not Disturb dan cara mengawal panggilan yang diterima dengan lebih baik. Sokongan kawalan privasi turut disertakan, selain Photo Stream, dan juga kebolehan merakamkan gambar secara panorama.