Cari @ Amanz

Apple iPhone 5 membawakan rekabentuk yang nipis dan ringan, serta skrin bersaiz 4-inci, menawarkan tawaran kandungan yang lebih menarik dan jelas padanya. Ia turut dijana dengan cip pemprosesan A6, membolehkan berfungsi dua kali ganda lebih pantas berbanding iPhone 4S.

Pada masa yang sama, ia didatangkan dengan sokongan rangkaian LTE, tanpa menjejaskan masa bertahan bateri. Headphone baru turut diperkenalkan selain menggunakan sistem operasi iOS 6 yang serba baru padanya.

Ia akan mula dijual di beberapa negara bermula 21 September ini, dan masih tiada sebarang berita berkaitan bilakah akan tiba di Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd