Huawei kini telah menjadi salah satu jenama pengeluar telefon pintar yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Baru-baru ini, kami telah berpeluang melawat makmal ujian Huawei, dimana kami dapat melihat beberapa tahap ujian yang dilakukan oleh Huawei sebelum memilih untuk menjual sesuatu peranti.
Selain makmal ujian, Huawei juga mempunyai beberapa kilang dan pusat penyelidikkan dalam terus menambah-baik produk mereka.