Carian
Bagaimana Teknologi Diasimilasikan Dalam Ramadan
May 1, 2022 Ikhwan Nazri

Sedar atau tidak, teknologi kini telah diasimilasikan dalam kehidupan setiap hari, dari perniagaan, pekerjaan, urusan kekeluargaan sehinggalah kepada amalan berkaitan keagamaan. TBWA\ Asia dengan Amanz bekerjasama dalam beberapa siri kajian bagaimana warga muslim di beberapa negara menerapkan tekologi dalam amalan di sepanjang bulan Ramadan.

Beberapa kajian kes di negara berlainan turut memperlihatkan fokus berlainan. Jika kita umum melihat adaptasi teknologi seperti Zoom dan Google Meet digunakan untuk kuliah agama dan juga tadarus al-Quran, berbeza gayanya di negara lain.

Seperti di Jerman dengan wujudnya Muslim3D.io yang membolehkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka berkenaan amalan Haji dan Umrah secara maya, malah Yayasan Rahmatan lil-Alamin di Singapura turut mengajarkan teknologi untuk warga tua bagi membolehkan mereka bukan sekadar kekal berhubung, malah mengikuti kuliah agama.

Malah, menurut Azizi Khalid iaitu pengetua Qaswa House, beliau juga kini meneroka penggunaan TikTok dalam menyampaikan pesanan dan amalan seharian. Justeru sebagai muslim, penerapan teknologi dalam amalan seharian menjadi salah satu perkara yang semakin popular dan mendapat tempat di hati pengguna.

  • Muat-turun:
Komen