-
AMA : Gajet Apa Paling Tak Suka Tahun 2020?Jan 15, 2021
-
Apakah Permainan Video Menarik Pada 2020?Jan 14, 2021
-
PlayStation 5 – Apa Yang Tak Menarik?Jan 6, 2021
-
#SembangLebat – HomsatunDis 16, 2014
-
Penjelasan Isu Prestasi & Pertukaran Bateri iPhoneJan 6, 2018
-
Amanz Beraya Bersama vivo V19Mei 21, 2020
-
Acer Predator Triton 700 – Apa Yang Menarik?Jan 3, 2018
Bersama Pengendali Laman Sosial
-
-
Salah satu perkara hangat yang diperkatakan pada minggu lepas adalah berkenaan dengan laporan audit yang memperlihatkan perbelanjaan hampir RM320,000 untuk tujuan pengendalian laman sosial, terutamanya Facebook.
Seperti umum sedia maklum, penjagaan halaman Facebook untuk korporat memerlukan seseorang menjaga jenama syarikat, disamping menawarkan maklumbalas kepada pertanyaan pengguna dan sebagainya.
Untuk mendapatkan idea lanjut berkenaan tugas pengendali laman sosial untuk jenama dan juga syarikat korporat, kami telah bertemu dengan beberapa orang, dalam usaha mendapatkan beberapa idea disebaliknya.
Syarikat yang ditemuramah adalah Eficaz Media, yang menerima kecaman hebat berikutan kempen selama 6 bulan bernilai RM199,068 pada tahun 2011 untuk mengendalikan kempen dari Kementerian Kesihatan iaitu kempen Tak Nak Merokok. Mereka turut berkongsi mengenai adanya Facebook Fans mereka yang berhenti merokok dan mengatakan itu merupakan satu pencapaian mereka yang tidak ternilai meskipun pada masa yang singkat, dan pada masa teknologi Facebook itu sendiri bukan satu perkara yang mudah. Satu lagi perkara adalah mereka bermula dari 0 sehingga mencapai lebih 100,000 fans dalam masa 6 bulan.
Mereka juga turut memberi penjelasan berikutan kempen Tak Nak Merokok (RM199,068) lebih mahal berbanding kempen Penyakit Tak Berjangkit (RM120,500) yang dikendalikan syarikat lain.
Kempen Tak Nak Merokok & Kempen Penyakit Tak Berjangkit (NCD) Merekacipta layout page Facebook, serta mengemaskini kandungan maklumat mengenai Tak Nak Merokok sepanjang
tempoh kempen.Merekacipta layout page Facebook, serta mengemaskini kandungan maklumat mengenai NCD sepanjang tempoh kempen. Membangun 3 aplikasi Facebook untuk pertandingan. Membangun 2 aplikasi Facebook untuk pertandingan. Penganjuran 3 jenis pertandingan yang menawarkan
hadiah:
a) Pertandingan Fotografi -Udara Segar Tanpa Asap Rokok
b) Pertandingan Fotografi – Aspirasikan Diri Anda
c) Pertandingan Video KreatifPenganjuran Pertandingan Berbalas Pantun bersama selebriti Zaidi Omar. Penganjuran Aktiviti bersama Facebook followers sebanyak dua kali.
i) Penyampaian hadiah pemenang pertandingan fotografi
ii) Majlis makan malam dan penyampaian hadiahTiada Penggunaan selebriti untuk menyampaikan komen/maklumbalas. Tiada Melaksanakan aktiviti bersama masyarakat untuk mempromosikan laman page Facebook TakNak – Jelajah Semenanjung Tiada Membekalkan rollup bunting berkaitan kempen untuk mempromosikan laman page Tiada Membuat liputan aktiviti-aktiviti KKM yang berkaitan kempen. Tiada Membekalkan take home health promotion materials. Tiada Jadi, wajarkah caj yang dikenakan dengan tugas yang dilakukan mereka?