Adakah Bakat Dunia Kreatif Malaysia Memenuhi Kehendak?

Adakah Bakat Dunia Kreatif Malaysia Memenuhi Kehendak?

Diterbitkan pada Dis 6, 2012 oleh .

Pada 20 November lepas telah berlangsung DNA-Team Disrupt edisi yang ketiga, yang membincangkan berkenaan dunia industri multimedia kreatif, sekaligus menyentuk mengenai kandungan animasi dan perfileman tempatan. Tiga panelis telah dijemput iaitu Leon Tan – penerbit War Of The Worlds : Goliath; Hasnul Hadi dari Rhythm & Hues (yang telah membuat beberapa kesan visual khas untuk filem-filem popular Hollywood seperti X-Men: First Class dan Life of Pi); dan juga Leon Chun Chong yang pernah bekerja di Electronic Arts & Disney Interactive.

Perbincangan selama hampir dua jam ini dipenuhi pelbagai sudut pandang berbeza berkenaan dengan industri kreatif dan multimedia, yang mana tidak diketahui ramai mengenainya. Antara perkara yang dikongsikan adalah termasuk;

  • Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berbakat dan syarikat yang mampu memberikan hasil yang baik. Tetapi masih kekurangan platform dan infrastruktur untuk ia terus berkembang secara positif.
  • Kekurangan ataupun ketiadaan peguam dan pihak berwajib dalam perundangan untuk industri kreatif yang sepatutnya membantu dan menjaga hak industri ini, dan mereka yang terlibat di dalamnya..
  • Industri pembangunan kandungan kreatif bukan industri teknikal semata-mata. Industri ini juga perlu diasimilasikan dengan nilai artistik untuk membuatkan karya yang dihasilkan cantik dan berguna, serta menyampaikan mesej yang sepatutnya.
  • Melatih pekerja artistik untuk menjadi pekerja teknikal adalah jauh lebih mudah dari melatih pekerja teknikal untuk menjadi kreatif.
  • Malaysia memerlukan lebih banyak pengedaran karya untuk menembusi pasaran luar. Kekurangan infrastruktur dan juga tenaga kerja dalam bidang pemasaran akan mengagalkan karya yang bagus untuk meraih keuntungan.
  • Bagi mereka yang terlibat dalam industri ini, tidak perlu menunggu bantuan dari kerajaan. Kerajaan hanya boleh membantu dari segi bantuan tertentu tetapi kemajuan industri bergantung pada syarikat, dan juga tenaga pengajar di dalam industri itu sendiri.

TIPS & ULASAN