Carian
DNA TeAM Disrupt 2- Are Angels From Heaven?
October 30, 2012 Ikhwan Nazri

Pada 17 Oktober 2012 yang lalu telah berlangsung acara DNA-TeAM Disrupt siri ke-2 yang membawakan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp dan Jonathan Lee dari Cradle Fund untuk membincangkan perkara berkenaan Angel Investment (pelaburan tahap awal). Vincent Tan telah melabur banyak wang keatas syarikat ICT dan pelaburannya yang paling besar adalah terhadap MOL Global. Semasa siri pertama DNA-TeAM Disrupt, ramai hadirin berminat untuk mengetahui mengapa Vincent Tan berminat melabur dalam syarikat ICT.

Pada siri kedua yang mengambil masa selama sejam, Vincent Tan dan juga Jonathan Lee telah berkongsi banyak isi penting berkenaan Angel Investment. Rakaman video penuh boleh ditonton diatas dan berikut merupakan intipati penting keseluruhan video tersebut.

Untuk makluman, acara ini akan dilakukan pada setiap bulan jadi nantikan sahaja pengumuman dari kami untuk acara selanjutnya.

  • Acara ini adalah kelolaan Technopreneurs Association Malaysia (TeAM), satu badan yang bergiat aktif dalam industri ICT di Malaysia. Untuk maklumat lanjut layari laman web TeAM.
Komen