Informasi Teknologi Terkini

Demam Pokemon Go berterusan, dan pada minggu lepas juga kita telah melihat pengenalan watak Pokemon melalui trailer baru Pokemon Sun & Moon. Disamping itu, salah seorang pembangun bebas turut telah hadir dengan permainan Pokemon Uranium yang berasaskan permainan klasik Pokemon dan boleh dimuat-turun secara percuma.

Selain Pokemon, Witcher 3 Complete Edition telah diumumkan akan hadir ke PC, PS4 dan Xbox One pada penghujung bulan Ogos ini.

Untuk peminat Overwatch pula, pihak Blizzard telah mengumumkan Overwatch World Cup – membolehkan kita mengundi pemain tempatan untuk ke pertandingan global Overwatch.

Dan akhir sekali, permainan No Man’s Sky yang berkonsepkan eksplorasi angkasa telah pun dilancarkan secara rasminya.

TIPS & ULASAN