Cari @ Amanz

Bagi anda yang menantikan Final Fantasy 15, salah satu berita sedih untuk anda adalah apabila permainan ini kini ditangguhkan untuk dua bulan lagi bagi tujuan penambah-baikkan permainan berkenaan.

Disamping itu, pada minggu lepas juga kita telah melihat ketirisan PS4 Slim yang dijangka diperkenalkan pada awal September ini. Bersama-sama dengan PS4 Slim, pihak Sony juga turut dijangka memperkenalkan konsol PlayStation yang dinaik-taraf dengan sokongan paparan resolusi 4K.

Dan bagi anda yang menggunakan konsol PlayStation, kini Sony telah memperkenalkan sokongan pengaktifkan pengesahan dwi-faktor bagi memberikan lebih sekuriti untuk akaun pemain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd