Penjelasan Isu Prestasi & Pertukaran Bateri iPhone

Penjelasan Isu Prestasi & Pertukaran Bateri iPhone

Diterbitkan pada Jan 6, 2018 oleh .

Apple baru-baru ini telah memperlahankan iPhone generasi lama tanpa memaklumkan kepada pengguna terlebih dahulu, dan kini mereka telah tampil secara rasmi untuk menjelaskan isu ini. Dalam kenyataan mereka melalui halaman rasmi Apple, mereka melakukan perkara sedemikian untuk menjaga bateri dan dalaman iPhone itu sendiri, selain ingin memastikan peranti dapat digunakan dengan lebih lama.

Namun isu ini dapat diatasi dan salah satunya adalah dengan membuat pertukaran bateri untuk mendapatkan kembali prestasi peranti seperti sebelumnya.

Dalam video ini, kami menerangkan secara ringkas mengenai isu ini dan cara untuk mendapatkan tawaran pertukaran bateri RM129 melalui pengedar-pengedar rasmi Apple.


TIPS & ULASAN