Informasi Teknologi Terkini

Samsung Malaysia telah pun mula memperkenalkan kemaskini Android 4.1 Jelly Bean untuk para pengguna Galaxy Note generasi pertama sejak daripada minggu lepas. Buat masa ini, kemaskini tersebut hanya ditawarkan melalui Samsung Kies sahaja, dimana melalui kemaskini Android 4.1 Jelly Bean, ia membawakan beberapa fungsi baru untuk pengguna Galaxy Note.

Melalui kemaskini Jelly Bean ini, ia menyertakan sokongan untuk Google Now, membolehkan pengguna membuat carian melalui suara, disamping menguruskan hari-hari anda dengan lebih mudah. Sokongan popular multi-view yang diperkenalkan pada Galaxy Note 10.1 juga hadir melalui kemaskini ini, membolehkan pengguna menggunakan dua aplikasi pada masa yang sama.

Selain itu, pada sokongan pop-up view, kini pengguna boleh mengubah saiz tetingkap mengikut kegemaran mereka, berbeza dengan sebelum ini, dimana ia hanya membenarkan pengguna untuk mengubah posisi sahaja. Paparan bahagian galeri juga turut mengalami perubahan, disamping Samsung turut membawakan elemen daripada Galaxy S3 pada bahagian antaramuka dan skrin kunci.

Namun, beberapa fungsi masih tidak diperkenalkan, termasuk salah satunya adalah sokongan Air-View. Bagi pengguna Galaxy Note generasi pertama, anda boleh menyambungkan peranti anda kepada Samsung Kies, dan mula melakukan kemaskini hari ini.

Terdapat 13 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Sebaiknya pihak Amanz tukar pada tetapan waktu skrin padam lama sedikit. Nanti tak perlulah kerap kali menekan power button untuk hidupkan peranti.

  2. boss, is it available through Kies already? I checked but there’s no updates…. unless it’s because my Note is rooted

  3. Tidak rasa rugi pun beli Galaxy Note lama – boleh berfungsi hebat seperti Note 2….Yahooooo!

Komen

Nama
Web

TIPS & ULASAN